Apple Menangguhkan Pelancaran Sistem Mengesan Bahan Penderaan Seksual Kanak-Kanak

Diterbitkan pada Sep 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Awal Ogos lalu Apple mengumumkan mereka akan memperkenalkan sistem mengesan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) pada peranti iOS 15, iPadOS 15, dan macOS Monterey kepada pengguna di Amerika Syarikat. Pengumuman Apple telah menerima kecaman dari pengguna dan pakai keselamatan yang melihatkan sebagai melanggar jaminan privasi yang diperjuangkan oleh Apple selama ini.

Selepas lebih tiga minggu menerima reaksi negatif, Apple hari ini mengumumkan pelancaran sistem mengesan CSAM akan ditangguhkan buat sementara waktu. Pengumuman asal sistem mengesan CSAM kini hadir dengan perenggan baharu yang berbunyi;

Sebelum ini kami telah mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan ciri yang bertujuan untuk membantu melindungi anak-anak dari pemangsa yang menggunakan alat komunikasi untuk merekrut dan mengeksploitasi mereka dan untuk membantu membatasi penyebaran bahan penderaan seksual kanak-kanak. Berdasarkan maklum balas daripada pelanggan, kumpulan penyokong, penyelidik, dan lain-lain, kami telah memutuskan untuk meluangkan masa tambahan dalam beberapa bulan akan datang untuk mengumpulkan input dan membuat penambahbaikan sebelum melancarkan ciri keselamatan kanak-kanak yang sangat penting ini.

Antara pengkritik paling awal ialah dari Edward Snowden yang mengatakan ini ialah langkah awal yang akan membolehkan kerajaan meletakkan pintu belakang pada sistem yang selama ini dijamin privasinya oleh Apple. Apple mempunyai reputasi menjaga data pengguna mereka sehingga pihak FBI terpaksa menggunakan khidmat penggodam untuk mengakses kandungan iPhone yang digunakan pengganas San Bernadino.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami