Carian
Guru Yang Enggan Divaksin Tidak Dibenarkan Mengajar Secara Fizikal
September 4, 2021 Effi Saharudin

Sekolah-sekolah di Malaysia akan dibuka semula pada Oktober hadapan selepas ditangguh dari asal bulan ini. Dengan tinggal kurang 30 hari sebelum sekolah dibuka, pelbagai soalan mengenai SOP baharu mula menjadi tanda tanya kerana belum dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pendidikan. Tetapi sebentar tadi Menteri Pendidikan Radzi Jidin mengesahkan guru yang enggan divaksin tidak akan dibenarkan mengajar secara fizikal di dalam kelas.

Mereka sebaliknya akan diberikan tugasan lain yang boleh dilakukan di sekolah. Tidak seperti yang dilakukan oleh Tentera Diraja Malaysia bulan lalu, KPM tidak mengambil langkah drastik memecat guru-guru yang degil untuk mendapatkan vaksin. Suntikan vaksin adalah penting kerana mengurangkan risiko penyebaran pandemik di sekolah di kalangan pelajar yang masih belum boleh diberikan vaksin

Komen