Google Dilaporkan Menghalang Emel Kerajaan Afghanistan Daripada Diakses Taliban

Diterbitkan pada Sep 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google telah menghalang akses kepada emel yang digunakan kerajaan Afghanistan dari diakses oleh Taliban yang mengambil alih kuasa dua minggu yang lalu menurut laporan Reuters. Pihak Google enggan mengesahkan tindakan yang diambil tetapi sekarang mengatakan mereka mengambil langkah memastikan keselamatan akaun sahaja pada waktu ini dan hanya untuk tempoh sementara.

Antara kementerian yang menggunakan pelayan Google untuk sistem emel ialah kementerian kewangan, industri, kementerian pengajian tinggi dan perlombongan. Malahan pejabat protokol presiden dan kerajaan tempatan juga turut menggunakan perkhidmatan Google.

Menerusi emel, pihak Taliban dipercayai boleh mengenalpasti identiti warga Afghanistan yang bertugas sebagai kakitangan dan wakil kerajaan yang lalu. Sejak mengambil alih telah timbul laporan sistem imbasan biometri dan senarai pembayaran gaji digunakan untuk mengenalpasti kakitangan kerajaan yang kemudiannya dihukum.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami