Carian
MySejahtera Akan Mendaftar Anda Keluar Dari Lokasi Sekiranya Mendaftar Masuk Ke Lokasi Lain
September 4, 2021 Effi Saharudin

Kemas kini aplikasi MySejahtera telah diberikan dua hari lalu yang mengemaskini paparan status vaksinasi, status jangkitan Covid-19 dan tahap risiko pengguna. Turut diperkenalkan ialah ciri daftar keluar (check-out) selepas penggunaan keluar dari lokasi tertentu. Ramai masih tidak menyedari akan kewujudan ciri ini sehingga timbul kerisauan mereka akan didenda jika terlupa.

Tetapi menerusi ciapan Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini, pengguna MySejahtera tidak perlu risau sekiranya terlupa kerana aplikasi akan mendaftar mereka keluar dari lokasi sebelumnya selepas mendaftar masuk ke premis berlainan. Sungguhpun begitu orang ramai masih digalakkan untuk melakukan proses daftar keluar secara manual bagi memudahkan proses pengesanan kontak sekiranya berlaku kes positif di lokasi yang sama.

Komen