Ura-Ura Kesemua Siri Galaxy A Akan Dilengkapi Kamera Dengan OIS

Diterbitkan pada Sep 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Satu ciri sistem kamera yang tidak diambil berat tetapi sebenarnya penting ialah penstabilan imej secara optikal (OIS). Dengan OIS gambar yang lebih tajam dan video yang lebih stabil dapat diambil. Secara lazimnya OIS diberikan pada peranti mercu dan peranti kelas pertengahan premium sahaja. Menurut laporan The Elec hari ini, bermula tahun 2022 Samsung akan memberikan OIS pada kesemua peranti siri Galaxy A.

Ini diharap akan memberikan kelebihan kepada Samsung berbanding peranti pesaing yang masih menggunakan sistem EIS sahaja pada kamera. Sekiranya ura-ura ini adalah benar, ia bukan usaha pertama Samsung untuk menawarkan ciri mercu pada peranti kelas pertengahan. Di zaman awal Galaxy X, ia peranti kelas pertengahan pertama dengan panel belakang kaca, port USB-C dan kemampuan kalis air IP68. Malahan tahun lalu Galaxy A72 ialah peranti kelas pertengahan dengan kemampuan kalis air, speaker stereo, OIS dan bicu audio 3.5mm.

Adakah sokongan OIS pada Galaxy A akan membuatkan ramai memilihnya berbanding peranti kelas pertengahan lain. Dari pengamatan kami di Malaysia, faktor utama masih lagi harga dan jika ianya kompetitif barulah perjudian Samsung ini boleh mendatangkan hasil.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami