Kemaskini MySejahtera Dengan Antaramuka Baru, Ciri “Check-Out” Kini Ditawarkan Untuk Android

Diterbitkan pada Sep 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan telah pun mengumumkan bakal menawarkan kemaskini untuk aplikasi MySejahtera pada Khamis lepas, dan kini kemaskini berkenaan telah pun mula ditawarkan untuk pengguna Android.

Kemaskini sama telah ditawarkan untuk pengguna iPhone melalui AppStore, dan pengguna Huawei melalui AppGallery sebelum ini. Terbaru, kemaskini sama telah diterbitkan di Google Play Store.

Melalui kemaskini baru ini, ia menyertakan antaramuka daftar masuk baharu, yang memaparkan status vaksin dan risiko seseorang dengan lebih jelas pada skrin utama.

Disamping itu, ia kini turut menyertakan ciri “Check-Out” untuk memudahkan anda daftar keluar sesuatu lokasi apabila meninggalkan premis berkenaan.

Pengguna Android, boleh memuat-turun kemaskini baharu ini hari ini melalui Google Play Store.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami