Vivo Y33s Bakal Ditawarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo dilihat cuba merancakkan lagi penawaran peranti di bawah siri Y untuk pasaran tempatan. Pada awalnya, Vivo Y33s dilancarkan di India sekitar penghujung Ogos yang lalu. Kini, ia dilihat bakal ditawarkan untuk pengguna di Malaysia pula. Perkara ini diumumkan oleh pihak Vivo menerusi perkongsian poster acah di Facebook rasmi, baru-baru ini.

Poster acah menunjukkan reka bentuk peranti yang lengkap dengan sokongan tri-kamera di belakang. Turut kelihatan, ia akan dibekalkan sensor utama 50-Megapixel. Tiada sebarang informasi lanjut mengenai tarikh pelancaran dan harga jualan rasmi yang dikongsi buat masa ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut daripada pihak Vivo sendiri.

Sekadar selingan, Vivo juga dalam persediaan untuk pengenalan siri X70 dan turut sama akan ditawarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Ia merupakan model pengganti kepada siri Vivo X60 sebelum ini dan kameranya dipercayai turut sama menggunakan lensa daripada Zeiss.

Sumber : Vivo Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami