Cari @ Amanz

Infinix Note 10 Pro merupakan penawaran model terkini daripada Infinix buat pengguna di Malaysia. Ia merupakan sebuah peranti kelas pertengah yang lengkap dengan skrin bersaiz besar dan kadar segar semula tinggi 90Hz.

Bagi anda yang bertanyakan mengenai harga jualannya, Infinix kini memaklumkan bahawa ia boleh dimiliki serendah RM799 sahaja pada 9 September ini. Penawaran ini bagaimanapun hanya harga promosi bersempena dengan pengenalannya pada umum kelak. Sekiranya berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa platform seperti Lazada dan Shopee.

Untuk spesifikasi, Infinix Note 10 Pro mempunyai skrin 6.95-inci LCD FHD+ dan kadar segar semula90Hz. Ia kemudiannya disertakan dengan cip MediaTek Helio G95, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh. Tetapan kamera utama adalah 64MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan adalah 16MP. Spesifikasi lain termasuklah – bicu audio 3.5 mm, sokongan radio FM, sistem operasi Android 11 dan sebagainya.

Sumber : Infinix Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd