Cari @ Amanz

Salun rambut hanya dibenarkan beroperasi beberapa minggu yang lalu selepas kelonggaran diberikan kepada individu yang sudah menerima dos vaksin lengkap. Tetapi masih ramai masih sangsi dengan keselamatan mereka kerana wujud pihak yang memalsukan sijil vaksinasi. Oleh tu pengalaman di salun perlu diberikan di rumah.

BISARA ialah alat pengering rambut ‘nirtangan’ yang boleh memberikan pengalaman seperti salun di rumah. Ia boleh dikawal sepenuhnya menerusi aplikasi telefon pintar atau alat kawalan yang disertakan. Hembusan udara sejuk serta panas secara selang seli boleh dilakukan bagi mengelakkan kerosakan rambut.

Selain menyasarkan mereka yang ingin pengalaman seakan salun, BISARA juga sesuai digunakan oleh warga tua, OKU atau anak-anak yang tidak berupaya memegang pengering rambut biasa.

Ia menggunakan pek bateri yang boleh dicas semula bagi memudahkan ia digunakan di mana-mana sahaja tanpa halangan wayar. Pengeris rambut nirtangan nirwayar ini hanya ditawarkan di Jepun pada harga 26,730 Yen (~RM 1009) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd