Cari @ Amanz

Individu yang sudah pulih dari jangkitan Covid-19 masih akan menunjukkan simptom jangka panjang seperti pemikiran yang bercelaru, kepenatan, kesukaran bernafas, cirit birit dan kehilangan deria bau. Sekitar 10% pesakit yang pulih masih menunjukkan simptom Covid jangka panjang (Long Covid) selepas 12 minggu.

Dalam kajian yang dilakukan oleh King’s College London yang membabitkan lebih 4.7 juta kohort mendapati individu yang dijangkiti Covid-19 selepas menerima suntikan vaksin lengkap mengalami tempoh kesan Covid jangka panjang yang lebih pendek berbanding insan yang tidak divaksin. Sebanyak 49% individu yang divaksin lengkap tidak merujukkan kesan Covid jangka panjang melebihi 28 hari. Kajian ini dilakukan di antara 8 2020 hingga 4 Julai 2021.

Mereka juga menunjukkan simptom seperti batuk, deman dan pening kepala yang lebih ringan berbanding mereka yang tidak divaksin. Ini membuktikan keberkesanan vaksin dalam mengurangkan simptom dan kesan jangka panjang selepas pulih. Penyelidik kini menyarankan supaya suntikan dos kedua ataupun tambahan dipercepatkan kepada golongan yang berisiko tinggi. Laporan kajian ini telahpun diterbitkan dalam jurnal The Lancet Infectious Diseases.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd