Sudahkah Anda Menerima Sokongan Tema Gelap Untuk Google Search?

Diterbitkan pada Sep 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google sedia memperkenalkan sokongan tema gelap untuk sejumlah perkhidmatan mereka, dan kini menariknya sokongan tema gelap turut hadir kepada perkhidmatan utama mereka, enjin carian Google Search.

Melalui perubahan baharu ini, Google memaparkan notifikasi pada bahagian atas halaman hasil keputusan carian, membolehkan pengguna mengubah paparan kepada tema gelap.

Ciri ini dilihat sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan masih belum meluas lagi.

Dengan pengenalan tema gelap ini, ia membolehkan pengguna menikmati ciri pelayaran yang selari dengan tetapan peranti mereka – dan tidak terkejut apabila tiba-tiba hanya carian Google memaparkan halaman berwarna putih.

Bagi anda, adakah anda sudah menerima perubahan baharu ini?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami