OnePlus 10 Dikatakan Akan Mengekalkan Rekaan OnePlus 9

Diterbitkan pada Sep 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus pada tahun ini telah memperkenalkan siri OnePlus 9 yang menerima reaksi berbeza-beza daripada peminat tegar mereka. Kini, dengan hampirnya tahun 2022, desas-desus awal berkenaan dengan siri OnePlus 10 akan datang telah mula kedengaran.

Mengikut desas-desus awal, ia diperkatakan siri OnePlus 10 akan mengekalkan rekaan lebih kurang sama seperti OnePlus 9 pada tahun ini.

Sekiranya benar, maka OnePlus mungkin akan mengikut cara Apple, dimana hadir dengan rekaan peranti baharu setiap dua tahun sekali, dan salah satu versi akan lebih memfokuskan kepada pengoptimasian dan juga penambahan spesifikasi.

Buat masa ini, ia sekadar desas-desus awal sahaja. Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan perkembangan OnePlus 10 ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami