Ciri Satelit Pada iPhone 13 Terhad Kepada Kecemasan, Di Beberapa Buah Negara Sahaja

Diterbitkan pada Sep 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iPhone 13 telah diperkatakan akan menyertakan sokongan telekomunikasi melalui satelit. Lanjutan daripada desas-desus awal sebelum ini, kini beberapa perkara lanjutan diketahui mengenainya.

Mengikut laporan Bloomberg terbaru, ia dikatakan ciri telekomunikasi melalui satelit akan terhad kepada komunikasi kepada pihak kecemasan sahaja.

Apple melihat kepada implementasi dengan menghantar mesej kepada pihak kecemasan, atau menggunakan penghantaran SOS – melalui rangkaian satelit kepada pihak bertanggungjawab.

Ciri ini adalah lebih kepada tujuan kecemasan, sekiranya pengguna berada di luar kawasan dengan liputan rangkaian, seperti di tengah lautan.

Pada masa yang sama, ia dikatakan akan terhad boleh digunakan di beberapa buah negara sahaja, dan bukannya seluruh dunia.

Ciri satelit ini bukanlah sebagai pengganti kepada talian telekomunikasi sedia ada, sebaliknya hanya untuk tujuan kecemasan atau penghantara SOS sahaja.

Apple sendiri dikatakan tidak akan menawarkan ciri alternatif untuk panggilan selular dalam masa terdekat – apatah lagi mereka bergantung kepada syarikat telekomunikasi dalam memasarkan dan menawarkan iPhone kepada pengguna.

Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone 13 pada bulan September ini, dimana kita akan mendengar lanjut berkenaan penawaran Apple kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami