Spesifikasi Vivo X70, X70 Pro dan X70 Pro+ Tertiris Sepenuhnya

Diterbitkan pada Sep 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Vivo X70 akan dilancarkan pada 9 September ini sebagai peranti pertama dengan cip ISP V1 keluaran kendiri. Dengan pelancaran semakin hampir, tidak mengejutkan spesifikasi lengkap peranti telah tertiris lebih awal sebelum pengenalan secara rasmi. Spesifikasi ketiga-tiga peranti yang tertiris menunjukkan perbezaan antara model X70, X70 Pro dan X70 Pro+.

Vivo X70 Pro+ ialah model paling mercu dengan skrin 6.78″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 888+ dan bateri 4500 mAh yang menyokong pengecaasan 55W. Sistem kamera utama menggunakan 50 MP sudut lebar, 48MP ultra sudut lebar, 12MP potret dan 8MP dengan zum periskop. Sensor 48MP ini dilengkapi sistem gimbal 4 paksi. Seterusnya kamera hadapan adalah sebesar 32MP.

Vivo X70 Pro ialah model dengan skrin 6.56″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Exynos 1080 dan bateri 4450 mAh yang menyokong pengecaasan 44W. Sistem kamera utama menggunakan 50 MP sudut lebar, 12MP ultra sudut lebar, 12MP potret dan 8MP dengan zum periskop. Seterusnya kamera hadapan adalah juga sebesar 32MP.

Akhir sekali Vivo X70 ialah model paling mampu milik di antara ketiga-tiga model dengan skrin 6.56″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Exynos 1080/Mediatek Dimensity 1200 dan bateri 4400 mAh yang menyokong pengecaasan 44W. Sistem kamera utama menggunakan 40 MP sudut lebar, 12MP ultra sudut lebar, dan 12MP potret. Sekali lagi kamera hadapan adalah sebesar 32MP.

Sumber GSMArena

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami