Realme Mengesahkan Kehadiran GT Neo2 Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme GT Neo telah diperkenalkan di China sebelum ini dengan janaan cip MediaTek Dimensity 1200. Menurut Realme, peranti ini telah terjual lebih daripada 1 juta unit di China. Bagi meraikan kejayaan ini, mereka berkongsi untuk hadir dengan penggantinya iaitu Realme GT 2 Neo tidak lama lagi.

Perkongsian ini sekaligus menjawab spekulasi yang timbul sebelum ini.Kalau anda perasan baru-baru ini tular beberapa laporan berhubung perkara ini. Beberapa imej pengolokan turut sama tular menunjukkan rekaan fizikal pada peranti – hasil diperolehi daripada perkongsian OnLeaks dan Digit.in.

Dapat dilihat, peranti akan mempunyai persediaan kamera di belakang yang hampir serupa seakan OnePlus Nord 2 5G – tetapi berbeza dari segi susunan. Ia juga akan mempunyai binaan berasaskan plastik, di samping skrin hadapan jenis berlubang pada sudut kiri atas. Peranti ini juga dijangka akan dipasarkan dengan harga jualan yang sama dengan Realme GT sebelum ini.

Turut sama tular spekulasi awal yang mengatakan peranti ini mungkin menggunakan cip Snapdragon 870. Setakat ini, Realme masih belum mendedahkan sebarang info rasmi berkaitan peranti – termasuklah tarikh pelancaran rasminya. Tetapi, ia dijangka diperkenalkan sekitar bulan ini atau bulan depan.

Sumber : Weibo

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami