Jika anda seorang yang suka mengambil gambar dan merakam video mahupun secara kasual mahupun profesional, mesti anda tahu keperitan apabila peranti anda tidak lagi mempunyai storan yang mencukupi. Kamera pada telefon pintar pada masa kini telah diberi kebolehan untuk mengambil gambar mencecah resolusi 100MP dan juga mampu merakam video pada resolusi 8K. Fail yang terhasil ini boleh dimuat naik ke storan terbina dalam masa sekejap sahaja. Walaupun masih pada fasa awal, tidak boleh dinafikan bahawa storan besar kini menjadi suatu keperluan untuk orang ramai. Ini belum lagi termasuk fail penting yang telah ada dalam peranti anda.
Servis storan awanan mungkin salah satu cara yang anda gunakan untuk mengatasi masalah ini tetapi kebanyakkan storan awanan akan memberi kapasiti storan yang agak terhad dan juga perlu membuat pembayaran untuk penggunaannya secara bulanan. Keselamatan fail peribadi anda juga perlu diambil kira apabila menggunakan servis sebegini. Jika anda mencari jalan penyelesaian lain, NAS mungkin adalah jawapan yang anda nanti-nantikan. Menariknya, NAS bukan hanya storan biasa sahaja tetapi juga boleh digunakan sebagai sistem pengurusan penggambaran anda.
Apa Itu NAS?

Network Attached Storage (NAS) adalah storan pintar yang boleh digunakan dan diakses oleh semua orang untuk kegunaan kerja di pejabat atau kegunaan peribadi di rumah. Melaluinya, anda boleh menyimpan pelbagai jenis fail, dokumen, gambar, video dan banyak lagi tanpa risaukan kapasiti storannya kerana anda boleh mengisi kapasiti storan NAS ini mengikut model dan keperluan anda. Anda boleh mengakses fail-fail ini secara atas talian menggunakan sambungan internet yang ada di rumah anda dan jadikannya sebagai pusat penyimpanan pelbagai jenis data dan dokumen. Antara NAS yang paling terkenal di pasaran adalah daripada jenama Synology.
Kenapa Anda Patut Memilih Synology NAS Dan Apakah Kelebihannya?
Ada di antara kita sanggup untuk melanggan storan awanan secara bulanan. Jika dikira-kira semula, berapa banyak kita sudah membelanjakan duit untuk membayar harga langganan ini setiap bulan? Adakah ia berbaloi sedangkan kita hanya membayar untuk servisnya sahaja, dan bukan untuk memilikinya secara menyeluruh? Faktor keselamatan fail dan maklumat peribadi juga perlu diambil kira kerana data seperti gambar peribadi anda bergantung sepenuhnya kepada sekuriti mereka dan tiada jaminan.

Dengan Synology NAS, anda boleh menangani semua ini dan dapat menjaga maklumat serta fail peribadi anda sendiri secara keseluruhan. Anda boleh gunakannya sebagai storan untuk menyimpan pelbagai fail seperti gambar-gambar kenangan anda dan pembayaran hanya sekali sahaja. Ia juga hadir dengan antaramuka yang lebih mesra pengguna dan mudah untuk digunakan.
Proses penyimpanannya dan privasi kita juga turut terjamin dan kebarangkalian untuk data hilang adalah rendah. Hal ini kerana anda boleh membuat tetapan pada Synology NAS ini agar sentiasa menghasilkan sandaran fail (backup file) dengan kaedah RAID untuk data-data yang anda telah dipindahkan padanya. Jadi, jika berlaku sebarang kerosakan pada salah satu drive-bay pada NAS ini, anda tidak perlu risau data anda hilang kerana drive-bay yang lainnya akan membuat sandaran fail secara automatik.
Sandaran fail ini akan diselaraskan dan dilakukan secara automatik apabila anda selesai membuat tetapan kali pertama. Seluruh ahli keluarga anda boleh mengakses kandungan yang ada di dalam NAS ini dengan lebih mudah dan pantas terus melalui peranti pintar mereka. Jadi, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk pindahkan fail dari suatu peranti ke peranti yang lain kerana semua orang boleh mengakses fail tersebut melalui pusat penyimpanan ini. NAS ini juga berguna untuk kegunaan pejabat dimana semua orang boleh membuat kerja secara serentak seperti membuat suntingan gambar, video, dokumen dan sebagainya.

Menariknya, Synology NAS bukan hanya storan biasa sahaja tetapi boleh digunakan sebagai sistem pengurusan penggambaran anda. Ia mempunyai fungsi untuk mengumpulkan, menyaring dan menguruskan gambar dengan lebih teratur dan selamat. Proses sandaran fail daripada telefon pintar anda juga menjadi lebih mudah kerana ia menyokong untuk peranti-peranti Android dan juga iOS.
Selain ciri-ciri ini, terdapat juga fungsi lain yang Synology NAS ini boleh lakukan, seperti menonton penstriman video dari NAS, simpan fail-fail sandaran selain gambar, video, muzik, menguruskan akaun-akaun pengguna agar tidak berlaku sebarang kesalahan ketika proses pindahan data dilakukan dan banyak lagi.
NAS Apa Yang Anda Perlukan?
Jika anda baru hendak mengenali NAS dan berminat untuk menggunakannya, Synology DS220j adalah NAS dari kelas permulaan yang sesuai untuk anda. Model NAS dual drive-bay kelas permulaan ini lebih mesra poket dan boleh digunakan sebagai storan peribadi seluruh keluarga bagi menyimpan gambar-gambar, video dan sebagainya.
Namun sekiranya anda mempunyai studio kecil dan ingin gunakan NAS ini untuk tujuan kerja, model Synology DS220+ adalah model yang sesuai untuk anda. Hal ini adalah kerana ia dilengkapi dengan Intel Celeron J4025 CPU dua teras yang dikatakan mampu untuk beroperasi lebih laju, efisyen, berupaya untuk kategorikan gambar-gambar dengan mudah dan menguruskan fail dengan lebih lancar. Memang sesuai bagi anda yang bekerja sebagai jurugambar dan juga penyunting video. Jika anda perlukan lebih drive-bay untuk kegunaan peribadi mahupun pekerjaan, terdapat pelbagai jenis Synology NAS yang anda boleh dapatkan. Untuk mengetahui model mana sesuai untuk anda, anda boleh melayari pautan ini.
Jadi, sekiranya anda tidak mahu lagi membayar servis storan awanan setiap bulan dan ingin menyimpan fail peribadi anda dengan lebih selamat, NAS daripada Synology ini memang sesuai untuk anda. Hanya perlu membayar sekali sahaja dan ruang storan bukan lagi masalah untuk anda menyimpan semua gambar-gambar kenangan. Bagi anda yang berminat, Synology DS220j dipasarkan pada harga sekitar RM929 manakala model DS220+ pula dipasarkan pada harga RM2,300. Namun model DS220+ ditawarkan dengan potongan harga RM1,560 sahaja pada masa ini.

Menang Synology NAS Secara Percuma

Bukan itu sahaja, Synology juga memberi anda peluang untuk memenangi Synology DS220+ tanpa perlu membuat sebarang pembelian. Anda hanya perlu mengisi borang kajian mereka sebelum 30 September ini dan menyatakan sebab mengapa anda mahu menang NAS ini. Sangat mudah. Selain model DS220+ ini, 5 baucar TnG untuk pemenang saguhati juga akan diberikan kepada pemenang yang bertuah. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkannya secara percuma.
Penafian : Advertorial daripada Synology Malaysia