Canva merupakan salah satu perkhidmatan grafik yang popular, memudahkan pengguna membuat sebarang rekaan grafik melalui tema yang disediakan – terus berasaskan pelayar web, secara percuma.
Perkhidmatan berkenaan meningkat popular ketika PKP sejak tahun lepas, dan kini syarikat Canva turut membuat beberapa perubahan polisi untuk kemasukkan pekerja mereka ke pejabat.

Canva mengatakan mereka tidak akan menetapkan sebarang syarat ketat untuk kehadiran di pejabat, sebaliknya sesuatu pasukan boleh membuat tetapan berkenaan dengan keperluan seseorang itu hadir ke pejabat atau sebaliknya.
Apa pun, Canva berharap supaya seseorang pekerja itu hadir ke pejabat berhampiran sekurang-kurangnya lapan kali dalam setahun.
Bergerak kehadapan, pelbagai syarikat dijangka akan mengubah polisi kehadiran supaya memenuhi keperluan dan gaya hidup baharu.
Pandemik ini telah mengubah kaedah operasi sejumlah syarikat, dan memberikan lebih kebebasan kepada pekerja dalam memastikan tugasan mereka berlangsung dengan lancar.
Selain Canva, beberapa syarikat lain turut telah beralih ke bentuk polisi bekerja dari rumah yang baharu – termasuk antaranya adalah Atlassian, dan pelbagai syarikat teknologi yang lain.