Binance Dipaksa Mengehadkan Penawaran Perkhidmatan Pertukaran Kriptowang Di Singapura

Diterbitkan pada Sep 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Binance, platform pertukaran kriptowang yang paling popular di dunia kini nampaknya terpaksa sekali mengehadkan capaian perniagaan mereka di sebuah lagi negara, iaitu Singapura tidak lama selepas perkara sama berlaku di Malaysia.

Monetary Authority of Singapore, atau lebih dikenali sebagai MAS turut mengeluarkan amaran kepada pihak Binance untuk tidak menawarkan sebarang perkhidmatan pertukaran kriptowang melalui aplikasi Binance global mereka. Ini adalah kerana sama seperti di Malaysia, Binance menawarkan kebolehan untuk memperdagangkan pelbagai jenis kriptowang yang sah dah tidak sah didagangkan di Singapura.

Di Singapura, menariknya, Binance turut menawarkan aplikasi khusus untuk para pengguna negara tersebut, dan aplikasi ini, menurut MAS masih lagi dibenarkan untuk digunakan oleh pengguna di negara tersebut. Untuk aplikasi global, Binance diarahkan untuk menutup sebarang perkhidmatan pelaburan di negara tersebut, dan menghentikan penawarannya di gudang aplikasi Android PlayStore dan Apple App Store.

Binance juga dilihat menghadapi masalah sama di beberapa negara yang lain, malah ia juga sedang disiasat di Amerika Syarikat dibawah bidang kuasa Internal Revenue Service dan Jabatan Keadilan.

Sumber: Reuters

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami