Cari @ Amanz

Battlefield Mobile Semakin Hampir Dilancarkan Dengan Ujian Di Indonesia dan Filipina

Link Copied!

Realitinya ialah pasaran permainan mudah alih kini lebih besar berbanding konsol dan PC yang digabungkan. Ia akan menjadi semakin besar kerana telefon pintar ialah ‘konsol’ yang boleh dibawa kemana-mana dan mampu dibeli oleh majoriti peminat permainan video. Oleh itu semakin banyak siri permainan yang dahulunya hanya di PC dan konsol kini ditawarkan pada peranti mudah alih. Siri popular seterusnya ialah Battlefield.

Battlefield Mobile diumumkan pada April yang lalu dengan sasaran pelancaran pada tahun 2022. EA telah mengumumkan ujian beta Battlefield Mobile kini dibuka secara berperingkat kepada pengguna peranti Android di Filipina dan Indonesia. Permua boleh dimuat turun menerusi Play Store dengan peranti menggunakan sekurang-kurangnya Android 7.

Kerana ini masih lagi di tahap ujian, hanya dua peta ditawarkan iaitu Grand Bazaar dan Conquest. Slot ujian adalah terhad dan diberikan kepada mengikut siapa yang mendaftar terlebih dahulu. Memandangkan Battlefield Mobile dibangunkan khusus pada peranti mudah alih, tiada sokongan rentas platform PC dan konsol akan diberikan. Apabila dilancarkan kelak permua boleh dimuat turun secara percuma dengan penawaran Battle Pass untuk mendapatkan senjat dan kosmestik secara berbayar.


Komen ()