Pengguna Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL Melaporkan Masalah Peranti Berhenti Beroperasi

Diterbitkan pada Sep 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Isu pemanasan dan skrin sesentuh Pixel 5a masih belum selesai muncul pula isu peranti Pixel 3 da 3 XL yang rosak sehingga tidak boleh digunakan. Menurut ArsTechnica, jumlah pemilik yang melaporkan peranti berhenti beroperasi sehingga tidak boleh dihidupkan semakin meningkat sejak beberapa bulan yang lalu. Selepas rosak skrin hanya memaparkan mesej “Emergency Download (EDL) mode.”

Peranti langsung tidak boleh memasuki skrin boot dan ini membuatkan sukar bagi pemilik untuk melaporkan isu sebenar kepada Google kerana laporan kerosakan tidak dapat dihasilkan. Dengan ia berlaku secara rawak, tidak diketahui apakah penyebab sebenar isu ini dengan Google sendiri masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi. Yang pasti ia memberikan perasaan dejavu isu bootloop yang melanda Nexus 5X yang menyebabkan pemilik menerima ganti rugi beberapa tahun lalu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami