Carian
MediaTek Dimensity 2000 Dijangka Hadir Dengan Binaan 4nm
September 7, 2021 Aman

MediaTek sedia mengesahkan bakal hadir dengan cip pemprosesan berasaskan binaan 4nm pada penghujung tahun ini. Lanjutan daripadanya, kini hadir desas-desus mengatakan MediaTek Dimensity 2000 akan menjadi cip terawal berasaskan dengan binaan berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, sejak memperkenalkan keluarga Dimensity, pihak MediaTek berjaya mendapatkan perhatian ramai pengguna kembali kepada peranti berasaskan MediaTek.

Malah, kini MediaTek mempunyai pegangan pasaran yang paling tinggi dalam arena cip pemprosesan, mendahului pihak Qualcomm.

Mengikut desas-desus awal, cip Dimensity 2000 dijangka akan menawarkan prestasi setara dengan cip mercu Qualcomm untuk 2022 kelak.

Komen