Carian
Vivo Y33s Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM999
September 7, 2021 Amy Maizuraa

Sebuah lagi peranti terkini daripada Vivo di bawah siri Y ditawarkan buat pengguna di Malaysia. Peranti yang dimaksudkan adalah Vivo Y33s dan ia dijual pada harga RM999 untuk seunit. Bagi yang berminat, sesi pra-tempah telah dibuka bermula hari ini sehingga 10 September 2021 secara eksklusif di Lazada. Setiap pembelian akan disertakan dengan pemberian hadiah menarik secara percuma.

Bagi menambahkan keterujaan ramai, Vivo turut menawarkan pembelian untuk peranti ini secara bundle. Di mana, anda boleh membeli Instax Mini Link Printer pada harga RM388 dan Instax Mini 9 pula pada RM188 bersama-sama pembelian Vivo Y33s. Ini adalah tawaran harga lebih murah berbanding sepatutnya untuk Instax Mini Link Printer dan Instax Mini 9. Setiap pembelian ini juga akan disertakan dengan pemberian hadiah menarik secara percuma.

Untuk spesifikasi, Vivo Y33s menggunakan skrin 6.58-inci beresolusi FHD+ dan sokongan pengimbas cap jari di sisi. Ia kemudiannya turut sama dilengkapi cip MediaTek Helio G80, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000 yang menyokong pengecasan 18W. Turut sama menyokong adalah antaramuka Funtouch OS 11.1 berasaskan Android 11. Kamera utama terdiri dengan tetapan 50MP + 2MP + 2MP. Manakala, kamera swafoto pula sebesar 16MP.

Komen