Jika anda seorang peminat jam Casio, ataupun G-Shock, model jam lasak dibawah jenama jam Jepun tersebut, Casio Malaysia baru-baru ini dilihat telah hadir dengan kedai atas-talian mereka sendiri baru-baru ini.
Sebelum ini, jika anda ingin membeli jam tangan Casio secara atas talian, anda akan perlu ke Lazada ataupun Shopee dan ke kedai atas-talian Casio yang rasmi dan membelinya di sana. Sehingga kini, masalah terbesar dengan menggunakan kedai-kedai di Shopee dan Lazada ini ialah kebarangkalian yang ada bahawa anda akan tersalah beli jam tangan palsu.

Untuk mengakses kedai atas-talian ini, anda hanya perlu ke laman web Casio Malaysia dan anda akan dapat melihat satu pautan Casio Online Store di bahagian atas kiri yang akan membawa anda terus ke laman tersebut. Ia juga dilaporkan bahawa laman ini dibangunkan dan dijaga oleh Casio Malaysia sendiri, dan bukan mana-mana pengedar rasmi jenama tersebut, dan ini menambahkan lagi aspek kepercayaan kepada kedai atas talian ini.
Jika anda sedang mencari sebuah jam tangan baru untuk dibeli, siri jam tangan Casio G-Shock adalah salah satu jenama yang paling diminati ramai di pasaran tempatan dan antarabangsa sekarang.
Sumber: Lowyat.Net