Carian
Minyak Berplumbum Kini Tidak Lagi Digunakan Oleh Kereta dan Lori Di Dunia
September 7, 2021 Effi Saharudin

Plumbum dijadikan bahan tambahan dalam petrol pada tahun 1922 sebagai cara untuk meningkat tahap oktana minyak dan menyelesaikan masalah knocking pada enjin kenderaan. Tetapi dengan segera impak plumbum kepada alam sekitar dalam dilihat tetapi tanpa alternatif lain ia terus digunakan sehinggalah dekad 1980. Pencemaran yang dihasilkan dan kesan ke atas perkembangan mental kanak-kanak menjadi pemangkin kepada ia mula dihentikan jualannya di Malaysia pada pertengahan 1990an.

Petronas

Tetapi ramai mungkin tidak menyedari hanya bulan lalu penggunaan minyak berplumpun pada kereta dan lori akhirnya tamat tamat selepas bekalan terakhir yang dikeluarkan habis dijual Julai lalu. Menurut Program Alam sekitar Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNEP), negara terakhir yang menggunakan minyak berplumbum ialah Algeria.

Namun begitu minyak berplumbum masih belum pupus sepenuhnya kerana masih digunakan dalam industri aeronautik pada pesawat kecil dengan enjin omboh. Usaha untuk menghasilkan minyak gantian masih menemui jalan buntu dan nampaknya penggunaan minyak plumbum akan mencecah 100 tahun.

Komen