Cari @ Amanz

Realme 8i dan Realme 8s merupakan dua model baru yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Kedua-duanya akan dijana oleh cip keluaran MediaTek. Di mana, Realme 8i akan dilengkapi cip MediaTek Helio G96. Sementara itu, Realme 8s 5G pula akan menjadi antara peranti terawal yang dijana oleh cip MediaTek Dimensity 810.

Dalam perkembangan terkini, terdapat laporan yang memetik sumber mendakwa spesifikasi untuk kedua-dua peranti telah tertiris menerusi satu imej tular. Dapat dilihat, kedua-dua peranti mempunyai rekaan fizikal yang mirip seperti imej pengolokan dikongsi sebelum ini. Kemudian, ia turut sama menunjukkan pilihan warna yang akan ditawarkan untuk kedua-dua peranti. Realme 8s 5G akan didatangkan dalam pilihan warna Universe Blue dan Universe Purple. Manakala, Realme 8i pula bewarna Space Black dan Space Purple.

Untuk spesifikasi khusus, Realme 8s 5G akan dilengkapi skrin dengan kadar segar semula 90Hz. Selain daripada cip MediaTek Dimensity 810, ia juga dipadankan denga memori sehingga 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan 33W. Tetapan kamera pula adalah 64MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto pula sebesar 16MP.

Realme 8i pula membawakan skrin dengan kadar segar semula tinggi 120Hz. Cip MediaTek Helio G96 yang digunakan dipadankan dengan memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Bateri pula adalah sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W menerusi port sambungan USB-C. Melengkapinya juga adalah kamera dengan tetapan 50MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto 16MP. Tidak ketinggalan, kedua-duanya juga menggunakan sokongan pengimbas cap jari terbina di sisi bagi aspek sekuritinya.

Persoalanya di sini, sejauh mana kebenaran untuk perkhabaran ini? Segalanya bakal terjawab sewaktu pelancaran rasmi yang berlangsung pada 9 September ini. Sama-sama kita nantikan bagi adakah spesifikasi ini benar sepenuhnya atau akan ada perubahan. Apa kata anda?

Sumber : Sparrow News

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd