Sejumlah Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Untuk Sementara Sebagai Persediaan 9.9

Diterbitkan pada Sep 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebagai persediaan untuk pengalaman membeli-belah terbaik pada jualan 9.9 nanti, Maybank memaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan sistem akan dilakukan pada beberapa perkhidmatan utama. Oleh itu, perkhidmatan-perkhidmatan yang disenaraikan di bawah akan tergendala sementara waktu di antara jam 11.30 malam – 11.59 malam pada hari Rabu iaitu 8 September 2021.

Maybank
  • Maybank2u & pembayaran atas talian.
  • Aplikasi MAE.
  • Aplikasi QRPay Biz.
  • Aplikasi Maybank Wealth.
  • Pembayaran FPX.
  • Transaksi kad debit.
  • Mesin ATM.
  • Mesin deposit cek.

Segala kesulitan yang berlaku adalah amat dikesali. Pelanggan juga disarankan untuk melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus menghubungi pihak Maybank dengan menghantar emel di [email protected]

Sumber : Maybank

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami