Cari @ Amanz

Vaxxed Shops Ialah Portal Pengguna Untuk Mencari Kedai Makanan Yang Telah Divaksinasi Dengan Mudah

Oleh Nazrin

Link Copied!

Rakyat Malaysia kini rata-rata sudah cukup ramai divaksinasi, dan kita nampaknya sudahpun boleh mula melakukan sejumlah aktivit-aktiviti harian dengan SOP yang perlu diikut supaya kes-kes COVID-19 semakin menurut setiap hari. Tetapi walaupun kita sudah divaksinasi, tidak semestinya semua lokasi-lokasi yang kita lawati selamat dimasuki.

Untuk menyelesaikan sebahagian daripada masalah ini, seorang jurutera perisian bernama KH Lim telah membangunkan sebuah laman web yang dinamakan Vaxxed Shops yang membolehkan orang ramai untuk melihat lokasi-lokasi restoran khususnya yang mempunyai pekerja yang telah divaksinasi secara separa ataupun penuh.

Data mengenai ini, menurut beliau didapati buat masa ini melalui laman-laman media sosial kedai-kedai F&B itu sendiri yang mengatakan samada para pekerja mereka sudah divaksinasi secara penuh ataupun separa. Laman web ini dibina dengan senarai dan enjin carian yang boleh digunakan untuk memastikan bahawa kedai-kedai ini selamat dilawati ataupun tidak.

Menurut butiran laman web tersebut, kedai yang “Fully Vaccinated” ialah kedai-kedai yang mana pekerjanya sudah lengkap dua dos vaksinasi tempatan dan telah siap tempoh tunggu 14 hari untuk vaksin tersebut bertindak dengan penuh.

Jika sesebuah kedai itu hadir dengan notis”Partially Vaccinated” pula, ia bermakna bahawa sekurang-kurangnya separuh daripada pekerja sebuah kedai tersebut telah lengkap dua dos vaksinasi, manakala separuh lagi telah divaksinasi sekurang-kurangnya sekali dan sedang menunggu tempoh masa untu dos kedua.

Pemilik perniagaan F&B yang ingin memuat-naik butiran kedai mereka di laman web ini boleh melakukannya secara terus, yang mana pengelola laman web ini akan merujuk kembali butiran-butiran tersebut sebelum ia dipaparkan. Proses ini secara lazimnya akan memakan masa sekitar 24 jam sebelum ia dinaikkan ke laman web tersebut, bergantung kepada permintaan.

Layari : Vaxxed Shops

Komen ()