El Salvador Menjadi Negara Pertama Yang Kini Menerima Bitcoin Sebagai Mata Wang Rasmi

Diterbitkan pada Sep 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

El Salvador kini menjadi negara pertama di dunia yang menerima mata wang Bitcoin sebagai mata wang rasmi, selain mata wang US.

Perancangan untuknya telah diumumkan sebelum ini, dan kini ia telah pun diimplementasikan secara rasminya di negara berkenaan.

Selari dengan pengumuman ini, El Salvador turut mengumumkan yang mana negara berkenaan telah membeli 400 Bitcoin.

Bitcoin

Langkah El Salvador ini adalah dalam memudahkan penduduk negara berkenaan untuk menghantar kembali wang ke negara berkenaan pada kadar yang lebih rendah berbanding biasa. Untuk makluman, penerimaan wang dari negara luar oleh rakyat El Salvador yang bekerja di luar, menyumbang kepada sekitar sejumlah besar pendapatan negara berkenaan.

Pada masa yang sama, ia dijangka memberikan lebih akses kewangan kepada penduduk negara berkenaan. Ia dianggar sekitar 70% penduduk tidak mempunyai akaun bank.

Apa pun, masih wujud beberapa persoalan berkenaan penggunaannya, termasuk bagaimana kadar perubahan matawang Bitcoin yang laju, akan memberikan impak terhadap transaksi harian, dan sebagainya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami