Cari @ Amanz

Celcom hari ini mengumumkan yang mana mereka bersedia untuk melancarkan teknologi dan perkhidmatan 5G menjelang hujung tahun 2021 ini. Selari dengannya, Celcom mengatakan mereka akan mempertingkatkan usaha untuk menyediakan pengalaman rangkaian yang konsisten melalui optimasi sumber utama pihak Celcom.

Celcom sendiri sebelum ini telah mempertontonkan kebolehan apa yang boleh dijayakan melalui penggunaan rangkaian 5G, termasuk memperlihatkan konsep kereta swapandu mereka.

Kerajaan sedia menyasarkan pengenalan rangkaian 5G pada penghujung tahun ini, dan kini pelbagai syarikat telekomunikasi dalam persediaan untuk memperkenalkannya sebaik sahaja rangkaian dan gelombang ditawarkan kepada syarikat telekomunikasi – seperti Celcom.

Selain pengenalan rangkaian 5G, pada penghujung 2021 ini juga, syarikat telekomunikasi akan menamatkan penawaran rangkaian 3G masing-masing.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd