Cari @ Amanz

Apple sebentar tadi telah menjemput para media ke acara maya yang akan diadakan pada 14 September, 10 pagi – iaitu 15 September 1 pagi masa Malaysia.

Seperti beberapa acara sebelum ini, Apple akan mengadakan acara ini secara atas-talian dan ia diadakan di Apple Park. Bagi yang berminat untuk menstrim acara ini, anda boleh saksikannya di laman web Apple.com.

Pihak Apple tidak mengumumkan apakah produk yang akan dilancarkan di acara ini. Desas-desus menyatakan acara ini adalah untuk pelancaran siri iPhone 13, Apple Watch Series 7, iOS 15 versi stabil, iPad baharu dan mungkin juga akan ada kejutan lain.

Apa pun, sama-sama kita nantikan 15 September minggu hadapan pada 1 pagi untuk lihat kejutan daripada Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd