Cari @ Amanz

Astro Dijangka Memperkenalkan Rangkaian-Rangkaian Baru Untuk Menggantikan FOX Bermula Bulan Ini

Oleh Nazrin

Link Copied!

Beberapa bulan lalu kami ada melaporkan bahawa dengan pengambil-alihan syarikat televisyen FOX oleh Disney, mereka akan mula menghentikan siaran televisyen mereka di rantau ini secara berperingkat. Untuk Asia Tenggara, penutupan siaran tersebut dilihat akan bermula tidak lama lagi, berdasarkan dokumen dalaman Astro ini.

Bermula September 15, Astro dilihat akan merombak sejumlah pakej pengguna mereka dengan rangkaian-rangkaian baru kerana ketiadaan Fox selepas ini. Ini termasuklah pakej Family Pack, Movies Pack, Variety Pack, Learning Pack dan Sports Pack.

Melalui dokumen ini, ia dapat dilihat bahawa kesemua rangkaian-rangkaian dibawah Fox akan digantikan dengan rangkaian baru daripada BBC dan juga HBO. Sebagai contoh, semua rangkaian FOX dibawah Family Pack akan digantikan dengan Lifetime, Primetime dan juga rangkaian sukan Astro Arena 2, manakala dibawah Movies Pack, semua rangkaian filem FOX akan digantikan dengan HBO Family, HBO Hits dan Showcase Movies.

Bagi peminat sukan, Fox Sports juga akan digantikan dengan rangkaian Astro Supersport yang baru dan juga SPOTV.

Apa yang menarik di sini ialah selain daripada penawaran aplikasi penstriman Disney+ Hotstar dan HBO Go sedia ada, Astro turut dijangka memperkenalkan BBC Player dan Discovery+ juga tidak lama lagi. Ini selari dengan pelan Astro untuk menjadi pusat setempat rakyat Malaysia untuk perkhidmatan-perkhidmatan penstriman antarabangsa.

Setakat ini ia masih tidak diketahui lagi jika Astro akan mengubah tanda harga untuk pelan-pelan ini, tetapi kami menjangkakan bahawa mereka akan melakukan satu pengumuman mengenai perubahan-perubahan ini tidak lama lagi.


Komen ()