Cari @ Amanz

Satu lagi ciri yang diuji hari ini oleh Twitter selain paparan gambar serta video lebih besar pada peranti iOS ialah membuang pengikut. Ia ditawarkan kepada sebahagian pengguna yang mengakses Twitter menerusi versi laman web. Dengan ciri ini, pengikut boleh dibuang oleh pemilik akaun tanpa perlu menghalang mereka terlebih dahulu yang merupakan satu-satunya cara sebelum ini.

Pengikut mungkin perlu dibuang kerana mungkin menghantar ciapan yang tidak disenangi atau berlaku perselisihan faham sehingga memutuskan hubungan. Pemilik akaun perlu pergi ke Twitter versi web dan kemudian melihat senarai pengikut. Pada nama pengikut yang ingin dibuang, pilih menu tiga titik sebelum kemudiannya memilih pula remove this follower. Ciri ini belum diberikan kepada semua tetapi kami hanya boleh berharap ciri membuang pengikut secara pukal juga diberikan kerana pembuangan manual secara satu persatu agak memenatkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd