Adakah anda masih menggunakan pemacu USB di rumah? Saya masih kerana keperluan menghantar barangan kepada ahli keluarga yang masih tidak menggunakan ekosistem komputer dan telefon pintar yang sama. Kingston telah melancarkan pemacu USB-C terkini mereka yang menyokong pemindahan data pada kelajuan sehingga 1GB/S. Kingston berkata ini membolehkan ia dijadikan storan luaran tambahan untuk konsol Sony PlayStation 5.

Kingston DataTraveler Max USB 3.2 Gen 2 menyokong kelajuan membaca sehingga 1GB/S dan menulis pula sehingga 900 MB/s. Terdapat lubang di bahagian hujung untuk meletakkan buah kunci atau tali bagi mengelakkan ia dari hilang. Saiznya adalah kecil 82.17 x 22.00 x 9.02 mm sahaja dengan berat 12 gram. DataTraveler Max ditawarkan dalam saiz 256GB. 512GB dan 1TB. Harga dan bilakah ia akan dijual di Malaysia masih belum diumumkan setakat ini.