Lenovo Tab P12 Pro dan Tab P11 Dilancarkan Dengan Sokongan 5G Serta Stylus

Diterbitkan pada Sep 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selamat datang ke Techtember dan bulan ini pelbagai syarikat akan melancarkan peranti terkini mereka yang baru dari kilang. Kita mulakan bulan ini dengan Lenovo Tech World 2021 dan dua produk yang telah dilancarkan sebentar tadi ialah tablet Android yang menyasarkan kerja dari rumah iaitu Lenovo Tab P12 Pro dan Lenovo Tab P11 5G. Kedua-duanya adalah tablet Android 5G pertama dikeluarkan oleh Lenovo.

Lenovo Tab P12 Pro dilengkapi skrin 12.6″ AMOLED 2K 120Hz, dijana cip Snapdragon 870, memori 8GB RAM, storan 256GB, kamera utama 13+5 MP, kamera swafoto 8MP dan bateri 10200 mAh. Skrin menyokong bukan sahaja paparan HDR10+ tetapi juga Dolby Vision. Sementara itu sistem pengecasan pantas 44W disokong menerusi port USB-C.

Peranti turut dilengkapi empat pembesar suara keluaran JBL dengan sistem audio Dolby Atmos. Sebagai komputer kerja, aksesori papan kekunci fizikal, stylus Lenovo Precision Pen 3 dan kerangka dengan tongkat terbina ditawarkan untuk Tab P12 Pro. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android 11.

Lenovo Tab P11 5G dilengkapi skrin 11″ IPS LCD 2K 60Hz, dijana cip Snapdragon 750G, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB, kamera utama 13 MP, kamera swafoto 8MP + 3D ToF dan bateri 7700 mAh. Skrin menyokong bukan sahaja paparan HDR10+ tetapi juga Dolby Vision. Sementara itu sistem pengecasan pantas 20W disokong menerusi port USB-C.

Peranti turut dilengkapi empat pembesar suara keluaran JBL dengan sistem audio Dolby Atmos. Sebagai komputer kerja, aksesori papan kekunci fizikal, stylus Lenovo Precision Pen 2, dermaga pengecas dan kerangka dengan tongkat terbina ditawarkan untuk Tab P12 Pro. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android 11.

Kedua-duanya menyokong ciri baharu Project Unity yang membolehkan tablet digunakan sebagai skrin sekunder apabila dipadankan dengan komputer Windows. Aplikasi boleh ditarik dari tablet ke PC atau PC ke tablet. Ini ialah ciri yang semakin popular pada tablet Android kerana turut diberikan oleh Samsung dan Huawei.

Lenovo Tab P12 Pro dijual pada harga bermula $610 (~RM2536) untuk versi WiFi dan €899 (~RM4423) untuk versi 5G. Sementara iaitu Lenovo P11 5G ditawarkan pula pada berharga €499 (~RM2455) sebuah bermula Oktober 2021.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami