Carian
Lenovo Yoga Slim 7 Carbon dan Yoga Slim 7 Pro Diumumkan Dengan Skrin OLED Serta Windows 11
September 8, 2021 Effi Saharudin

Telefon pintar dengan skrin OLED sudah menjadi lumrah sekarang kerana harga panel yang lebih mampu milik. Pada komputer riba ia masih dianggap satu kemewahan dengan penawaran yang terhad. Di Lenovo Tech World 2021, dua komputer riba dari keluarga Yoga telah diumumkan dengan skrin OLED, melepasi piawaian tahap tentera dan dengan Windows 11 secara terpasang.

Lenovo Yoga Slim 7 Carbon dilengkapi skrin 14″ OLED QHD 90Hz, dijana pemproses sehingga AMD Ryzen 7 5800U, GPU  NVIDIA GeForce MX450, memori sehingga 16GB RAM, storan SSD sehingga 1TB PCIe M.2, dan bateri 61.5Wh. Bateri yang disertakan memberikan tempoh penggunaan hampir 15 jam.Terdapat kamera infra merah dan ToF yang membolehkan pengecaman wajah Windows Hello digunakan.

Dari segi rekaan engsel skrin boleh dibuka sehingga 175 darjah dan terdapat sistem empat pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos. Kerana ia diperbuat daripada bahan gentian karbon dan magnesium, keseluruhan komputer riba adalah ringan dengan berat bawah 1 kg. Ini juga membolehkan ia melepas piawaian tahan lasak MIL-STD 810H.

Lenovo Yoga Slim 7 Pro dilengkapi skrin 16″ IPS LCD QHD 120Hz, dijana pemproses sehingga AMD Ryzen 7 5800H, GPU  NVIDIA GeForce RTX 3050, memori sehingga 16GB RAM, storan SSD sehingga 1TB PCIe M.2, dan bateri 75Wh. Bateri yang disertakan memberikan tempoh penggunaan sehingga 12.5 jam. Terdapat kamera infra merah dan ToF yang membolehkan pengecaman wajah Windows Hello digunakan.

htecj W

Dari segi rekaan engsel skrin boleh dibuka sehingga 150 darjah dan terdapat sistem empat pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos. Bahan binaan yang digunakan adalah lebih konvensional dan berat bermula dari 2.1 kg.

Lenovo Yoga Slim 7 Carbon laptop akan dijual pada harga bermula $1,289.99 (~RM5364) dan Lenovo Yoga Slim 7 Pro pula dijual pada harga $1,449 (~RM6025) pada bulan October 2021.

Komen