Hanya berbaki beberapa jam sebelum bermulanya kempen beli-belah atas talian Lazada 9.9 Biggest Brands Sale yang akan berlangsung pada jam 12 tengah malam ini. Bagi memeriahkan lagi kempen pada kali ini, Lazada menyediakan pelbagai tawaran serta ganjaran menarik untuk para pengguna mereka. Bukan itu sahaja, mereka turut sama menyediakan perancangan penuh untuk tawaran mereka sepanjang bulan September ini.

Selain daripada merebut peluang tawaran harga murah, kempen kali ini turut sama menawarkan baucar diskaun tambahan bernilai 10% dan 999 syiling Lazada buat para pengguna. Baucar tambahan berkenaan boleh ditebus dan digunakan untuk pembelian mana-mana produk terpilih sewaktu LazMall Crazy Brand Mega Offers yang berlangsung tepat jam 12 tengah malam nanti. Seterusnya, 999 Lazcoins pula akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun Lazada seusai selesai proses pembelian dibuat. Namun begitu, ia terhad untuk pembelian yang dibuat sebelum jam 2 pagi sahaja.
Bagi memeriahkan lagi kempen, diskaun sebanyak RM9 turut sama ditawarkan untuk setiap pembelian yang bernilai RM99 menerusi tawaran Lazada Bonus. Di samping itu, diskaun sehingga 60% dan baucar penghantaran percuma turut sama ditawarkan sepanjang kempen berlangsung sehingga 11 September 2021. Dengan adanya lebih 3,800 jenama di LazMall Malaysia, anda kini mempunyai lebih pilihan untuk menikmati pengalaman beli-belah yang menakjubkan.
Tidak terhenti setakat itu, kempen ini diteruskan lagi dengan lebih banyak tawaran menarik lain menerusi Super Brand Day atau Brand Spotlight. Melaluinya, Lazada dengan kerjasama beberapa rakan jenama lain bakal hadir dengan tawaran hebat untuk sejumlah produk terpilih sepanjang bulan September ini. Berikut ialah senarai tawaran jenama harian di LazMall sepanjang September ini :
Jenama | Tarikh | Pautan |
Logitech | 15 September | Logitech |
Razer | 15 September | Razer |
Acer | 15 September | Acer Certified Store – NBP |
Carote | 16 September | Carote Official Store |
Huggies | 17 September | Huggies |
Grocery Store – Kleenex | 17 September | Grocery Store |
Watsons – Kotex | 17 September | Watsons |
JBL | 18 September | JBL Official Store |
Eucerin | 19 September | Eucerin |
Unilever | 20 September | Unilever |
Russell Taylors | 21 September | Russell Taylors |
Samsung | 23 September | Samsung |
Philips | 24 September | Philips E-Store |
Teclast | 25 September | Teclast |
Johnson & Johnson | 26 September | Johnson & Johnson |
KOSE | 27 September | KOSE |
LANEIGE | 28 September | Laneige |
Timberland | 30 September | Timberland |