Carian
Green Packet Akan Menguji Konsep Sistem Tol Aliran Bebas Tanpa Palang, Pertama Di Malaysia
September 8, 2021 Aman

Dalam perancangan pembangunan lebuhraya di Malaysia, fasa seterusnya pembangunan adalah untuk sistem tol tanpa palang, sekaligus memudahkan lagi proses aliran kenderaan di lebuhraya tanpa perlu berhenti untuk melepasi pembayaran.

Selari dengannya, kini Green Packet da FETCi mengumumkan mereka akan membangunkan dan menguji konsep untuk sistem tol aliran bebas pelbagai lorong buat pertama kali di lebuh raya Malaysia.

Mereka akan melakukan ujian konsep ini di Besraya KM5.5 (Arah Utara), dan akan mengumpulkan data selama tiga bulan bermula awal 2022 kelak.

Green Packet mengatakan data yang dikumpulkan daripada konsep ini akan dikongsikan bersama pihak berkuasa, dan pada masa yang sama membuktikan keberkesanan sistem berkenaan di lebuh raya Malaysia.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita melihat kepada perkembangan pengenalan sistem tol aliran bebas tanpa palang di Malaysia dalam tahun-tahun akan datang.

Komen