Cari @ Amanz

Vivo kini mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk siri Vivo X70 di Malaysia. Memetik poster yang dikongsi, ia dijadualkan berlangsung kira-kira dua minggu daripada sekarang iaitu 22 September 2021. Acara pelancaran berkenaan akan diadakan secara atas talian bermula jam 7.30 malam.

Dalam perkembangan berberbeza, Vivo Malaysia dipercayai hadir dengan sekurang-kurangnya dua model berbeza iaitu Vivo X70 dan Vivo X70 Pro. Ia berikutan, laman rasmi untuk kedua-dua model telah diterbitkan menerusi laman Lazada. Vivo X70 juga akan meneruskan legasi serta mengekalkan fokus utama siri berkenaan yang memberi keutamaan pada keupayaan kamera.

Melaluinya, ia akan dihasilkan dengan kerjasama pakar optik, Zeiss. Di samping itu, terdapat juga fungsi rakaman terbaru dinamakan sebagai Ultra-Sensing Gimbal Camera. Fungsi di mana membolehkan rakaman yang tajam dan menyerlah terhasil walaupun di dalam persekitaran yang gelap serta kurang stabil.

Untuk makluman, Vivo X70 bagaimanapun akan dilancarkan terlebih dahulu di China pada 9 September. Adakah terdapatnya perbezaan penawaran di antara model China dan global? Seperti biasa, penawaran lebih lanjut akan terjawab sepenuhnya selepas pelancaran rasmi kelak.

Sumber : Vivo Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd