Cari @ Amanz

Hab Pintar Logi Dock Ingin Mengurangkan Semak Meja Di Kerja

Link Copied!

Sedap ke bekerja dari rumah? Jawapan ikhlas ialah tidak kerana perabot di rumah tidak direka untuk melakukan kerja yang serius sepanjang hari. Akibatnya perabot dan peralatan elektronik sedia ada di rumah digunakan dengan susunan yang agak berterabur. Logitech menyedari norma baharu ialah menjadikan kerja dari rumah selesa dan kemas. Oleh itu Logi Dock diumumkan hari ini.

Logi Dock ialah hab pintar yang menawarkan pelbagai sambungan yang diperlukan lengkap dengan sistem audio terbina. Ia mempunyai 4x USB-C, 2x USB-A, HDMI, DisplayPort, dan juga kunci Kensington terbina. Pembesar suara terbina pula terdiri daripada dua pemandu audio 55mm dengan dua radiator sisi untuk bass. Untuk melakukan sesi telesidang pula, enam mikrofon diletakkan pada tubuh Logi Dock.

Hub juga mempunyai butang khas untuk membisukan mikrofon, mematikan kamera web dan satu butang untuk menyertai sesi telesidang. Dengan bekalan kuasa 230W, pelbagai aksesori boleh disambungkan dengan selesa. Logitech Logi Dock akan dilancarkan penghujung tahun ini pada harga $399 (~RM1657) sebuah.


Komen ()