Cari @ Amanz

Infinix Hot 11S Sah Menggunakan Cip MediaTek Helio G88 – Akan Dilancarkan Dalam Masa Terdekat

Link Copied!

Infinix akhirnya mengesahkan spekulasi bahawa mereka bakal muncul dengan peranti pintar baharu tidak lama lagi. Hal berkenaan menjadi jelas selepas pihak Infinix berkongsi beberapa poster acah rasmi yang menunjukkan informasi berhubung peranti pintar berkenaan.

Ia dikenali sebagai Infinix Hot 11S yang merupakan model pengganti kepada Infinix Hot 10S. Ia akan oleh cip MediaTek Helio G88. Ini adalah cip yang sama kita boleh temui pada Redmi 10 sebelum ini. Di samping itu, poster dikongsi turut memperlihatkan rekaan fizikal pada peranti pintar. Jelas kelihatan, Infinix Hot 11S mempunyai binaan sisi yang melengkung bersama sokongan pengimbas cap jari fizikal di panel belakang.

Di samping itu, ia juga akan mempunyai persediaan tri-kamera di belakang yang disusun dengan kemas dalam model kamera berbentuk bujur. Dapat dilihat, susunan lensanya kelihatan mirip sekali seperti yang terdapat pads Huawei Nova 8. Di mana, salah satu daripadanya dipadankan dengan satu lensa gergasi. Kemudian diikuti dengan dua lensa kecil bersama LED Flash. Turut dapat dilihat dengan jelas sensor utama adalah sebesar 50-Megapixel.

Spekulasi awal mengatakan model ini akan hadir dalam dua variasi iaitu 4GB dan 6GB RAM yang dipadankan dengan storan dalaman 128GB. Baterinya pula menyokong pengecasan 18W, di samping terdapat pembesar suara stereo yang menyokong DTS. Setakat ini, masih belum ada informasi lanjut mengenai tarikh pelancaran rasminya. Namun, terdapat khabar angin menyatakan ia mungkin dilancarkan pada 17 September ini.

Sumber : Infinix India


Komen ()