Cari @ Amanz

Microsoft kini telah mengeluarkan amaran peringatan terhadap serangan siber baharu yang dikenal-pasti, menggunakan dokumen dalam bentuk Microsoft Office, dan menyasarkan pengguna komputer Windows.

Melalui apa yang telah dikenal-pasti, penyerang dilihat menggunakan kerentanan pada MSHTML yang memberikan kesan kepada sistem operasi Windows.

Hacker Godam Papan Kekuncti

Ia dilihat penyerang menggunakan dokumen Microsoft Office yang menyertakan perisian hasad ActiveX. Apabila dokumen berkenaan dibuka, ia secara automatik membuka Internet Explorer, dan memuat-turun perisian hasad ke komputer pengguna.

Apa pun, Microsoft mengatakan pengguna untuk memastikan kemaskini perisian Microsoft Defender Antivirus dan Microsoft Defender. Disamping itu, pastikan anda tidak membuka dokumen daripada pihak tidak dikenali.

Microsoft turut mengatakan kebanyakkan dokumen ditetapkan untuk dibuka pada mod Protected View, yang tidak terkesan dengan kerentanan ini, dan memastikan komputer terlindung. Microsoft turut menyediakan beberapa kaedah untuk mematikan ciri ActiveX pada komputer anda, yang anda boleh lakukan hari ini pada komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd