DJI sedia menawarkan gimbal dan penstabil untuk telefon pintar, dinamakan sebagai Osmo Mobile. Terbaru, pihak DJI telah memperkenalkan penjenamaan baharu untuk penawaran mereka berkenaan, dan pada masa yang sama memperkenalkan versi terbaru produk mereka, iaitu DJI OM 5.
DJI OM 5 dilihat hadir dengan rekaan yang lebih kompak, menyertakan penjejak imej yang ditambah-baik, selain pada masa yang sama menawarkan penaik-tarafan kepada binaan dan sokongan melekapkan telefon padanya.

Dengan rekaan lebih kompak dan kecil, ia kini memudahkan lagi pengguna membawanya ke mana-mana, dan tidak terbeban untuk membawanya.

Sistem tri-axis diteruskan pada DJI OM 5, termasuk menyertakan sejumlah mod rakaman yang disesuaikan untuknya. Antara mod rakaman yang hadir bersama salah Dynamic Zoom, Timelapse, Motionlapse, Panorama, dan juga Story Mode Template.
DJI mengumumkan mereka akan menawarkan DJI OM 5 ini di Malaysia pada harga RM689 yang merangkumi pengapit magnetik, tripod, kabel kuasa, tali pergelangan tangan dan beg simpanan.
Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan untuknya bermula hari ini, dan ia akan dihantar kepada pembeli bermula pertengahan September 2021 ini.