Cari @ Amanz

Google sedia menawarkan versi pembangunan Android 12 sejak beberapa bulan lepas, membolehkan para pembangun bersedia dengan aplikasi mereka yang dioptimasikan untuk Android 12 apabila ia dilancarkan kelak.

Terbaru, Google telah pun memperkenalkan Android 12 Beta 5, sekaligus turut mengatakan yang mana versi akhir dan stabil Android 12 akan dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Dengan pengumuman ini, kita boleh nantikan pengenalan rasmi Android 12 kepada umum sekitar September atau Oktober ini – sebelum ia mengambil masa beberapa bulan lagi sebelum pengeluar menawarkan kemaskini sistem operasi untuk pengguna peranti masing-masing.

Android 12 menawarkan beberapa ciri baharu, dan salah satu yang menjadi fokus adalah rekaan antaramukanya yang diberikan nafas baru dengan sokongan tema.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan Android 12 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd