Imej Pengolokan Oppo A11s Menunjukkan Sistem Tri-Kamera Di Bahagian Belakang

Diterbitkan pada Sep 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo sedia hadir dengan penawaran pelbagai jenis model di bawah siri A. Kini, terdapatnya sebuah lagi model telah ditemui yang dikenali sebagai Oppo A11s. Rekaannya turut sama diperlihatkan dalam beberapa imej pengolokan yang dikongsi oleh @evleaks di twitter miliknya.

Jika dilihat secara menyeluruh, peranti ini mempunyai rekaan fizikal yang mirip seperti Oppo A53 sebelum ini. Ia mempunyai panel hadapan sejenis rata bersama skrin berlubang yang ditempatkan pada bucu atas sebelah kiri. Saiz bezel nampak nipis pada bahagian sisi dan atas, tetapi masih terdapatnya dagu yang agak tebal pada bahagian bawah.

Panel belakang pula menempatkan modul kamera berbentuk segi empat. Di dalamnya terdapat tiga lensa yang diletakkan kemas dalam susunan menegak. Seterusnya, pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat turut sama kelihatan pada panel berkenaan. Butang kuasa diletakkan pada sisi kanan, sementara itu butang laras audio pula di sisi kiri.

Setakat ini, masih belum ada sebarang informasi lanjut mengenai butiran spesifikasi dan juga tarikh pelancaran rasminya. Sebagai selingan, Oppo juga telah melancarkan A16 yang merupakan penawaran terkini untuk siri A mereka. Di Malaysia, ia boleh didapati pada harga RM549.

Sumber : Evan Blass

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami