Cari @ Amanz

Xpeng Robotic Unicorn Adalah Robot Kuda Sumbu Yang Boleh Ditunggang Kanak-Kanak

Link Copied!

Selepas Boston Dynamics berjaya menghasilkan Spot, iaitu robot anjing mereka yang ada kemampuan akrobatik dan mula menjualnya – semakin banyak syarikat pesaing mula ingin menawarkan robot yang lebih kurang sama. Antaranya adalah Xiaomi dengan CyberDog yang dijual pada harga lebih murah daripada Spot.

Apabila satu syarikat China mula, akan ada yang lain mengikuti. Terkini, Xpeng iaitu syarikat kereta elektrik daripada China telah menubuhkan Xpeng Robotics dan akan hadir dengan sebuah robot khusus untuk kanak-kanak. Robot ini bukannya berasaskan haiwan biasa, tetapi berasaskan haiwan mistik unikorn atau kuda sumbu.

Lebih menarik lagi, robot ini boleh ditunggang oleh kanak-kanak. Robot ini menggunaka teknologi kereta swapandu dan kereta elektrik mereka yang mempunyai sistem kecerdasan buatan tersendiri untuk mengenalpasti jalan, mengelak objek dan halangan, serta mempunyai skrin sebagai muka untuk berinteraksi dengan pengguna.

Xpeng turut menyatakan akan merekrut lebih banyak jurutera daripada Amerika Syarikat dan China dalam bidang automotif elektrik/swapandu untuk menjayakan projek ini. Harga jualan dan spesifikasi penuh belum didedahkan lagi, tetapi mereka dijangka akan menjual produk ini pada harga belasan ribu ringgit.


Komen ()