Cari @ Amanz

Material You adalah format rekaan baharu yang digunakan oleh Google pada Android 12. Tetapi rekaan pada sistem menyeluruh seperti sistem tema monet atau yang interaktif terhad kepada Pixel. Hanya aplikasi-aplikasi dan sedikit sahaja elemen ini akan dapat dilihat oleh pengguna Android lain.

Sejak kebelakangan ini sudah banyak aplikasi Google dikemaskini dengan antaramuka Material You. Ada yang terhad dengan Android 12 ada juga yang boleh digunakan pada mana-mana versi Android. Terkini, aplikasi kalkulator daripada Google dikemaskini dengan antarmuka ini.

Aplikasi ini adalah versi 8.0 dan boleh dimuat turun di APKMirror atau Play Store pada peranti terpilih. Ia menyertakan butang-butang bersaiz besar dan juga saiz teks besar. Fungsi dan ciri masih lagi sama, cuma rekaannya lebih segar dan sedap mata memandang. Mod saintifik boleh diakses dalam mod melintang atau menegak, kemudian tema juga boleh dipilih sama ada cerah atau gelap.

Android 6.0 adalah syarat minima untuk menjalankan versi terkini ini. Tetapi sokongan tema berwarna-warni mengikut gambar latar belakang terhad pada Android 12 sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd