Cari @ Amanz

Realme mengemaskini barisan peranti di bawah siri Realme 8 dengan memperkenalkan beberapa model baharu. Salah satu daripadanya adalah Realme 8s 5G. Ia hadir dengan janaan cip MediaTek Dimensity 810 yang diperkenalkan sekitar bulan lalu. Ini sekaligus menjadikan ia peranti pertama yang menggunakan cip berkenaan.

Untuk spesifikasi khusus, Realme 8s 5G dilengkapi skrin 6.5-inci beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Di samping itu, ia juga dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM (tambahan 5GB RAM), storan dalaman 128GB dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 33W. Kamera utama adalah 64-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Manakala kamera swafoto pula hadapan pula 16-Megapixel.

Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari sisi, sokongan 5G terbina, port sambungan USB-C, ruang tambahan menerusi micoSD sehingga 1TB, Realme UI 2.0 berasaskan sistem operasi Android 11 dan sebagainya. Terdapat dua pilihan warna yang tersedia iaitu Universe Blue dan Universe Purple . Untuk harga, Realme 8S 5G dijual di India pada harga bermula INR17,999 (~RM1,015) untuk model 6GB/128GB, manakala INR19,999 (~RM1,128) pula untuk model 8GB/128GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd