Carian
Realme 8i Turut Diumumkan – MediaTek Helio G96, Skrin 120Hz Dan Kamera 50MP
September 9, 2021 Amy Maizuraa

Seiring pengenalan Realme 8s 5G, satu lagi peranti yang turut sama diperkenalkan adalah Realme 8i. Ia merupakan peranti yang dilengkapi cip MediaTek Helio G96. Ini adalah cip lapan teras yang dilengkapi dua CPU Cortex-A76 2.05 Ghz dan enam teras CPU Cortex-A55, selain turut sama dipadankan dengan GPU Mali G57 MC2.

Untuk spesifikasi khusus, Realme 8i menggunakan skrin berukuran 6.6-inci bersama resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori sehingga 6GB RAM (tambahan 5GB RAM) dan storan dalaman sehingga 128GB. Bateri sebesar 5,000mAh turut sama digunakan dengan sokongan pengecasan 18W.

Tetapan kamera utama pula adalah 50-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera hadapan adalah sebesar 16-Megapixel. Terdapat juga fungsi dikeTidak ketinggalan, ia juga menggunakan sokongan pengimbas cap jari terbina di sisi untuk aspek sekuritinya. Realme 8i dijual di India bermula INR13,999 (~RM783) untuk model 4GB/64GB, manakala INR15,999 (~RM902) pula untuk model 6GB/128GB.

Komen