Projek membangunkan teleskop angkasa lepas James Webb telah diumumkan pada tahun 1996 dengan pelancaran pada asalnya akan dilakukan pada tahun 2007. Tetapi projek teleskop yang sepatutnya menggantikan teleskop Hubble ini ditangguh beberapa kali kerana isu teknologi, teknikal, kemalangan, roket dan pandemik. Penanti akan berakhir kerana ia akan akhirnya dilancarkan ke angkasa lepas pada 18 Disember ini.

NASA mengesahkan tarikh pelancaran ini dengan teleskop akan dilancarkan ke orbit menggunakan roket Ariane 5 Agensi Angkasa Eropah (ESA) dari Guiana Perancis. Ia kemudiannya akan mengambil masa empat minggu untuk tiba ke titik Lagrange kedua (L2 point) yang terletak 1.5 juta kilometer dari bumi. Titik ini dipilih kerana tarikan graviti dari bumi dan matahari adalah seimbang di titik L2 bagi membolehkan ia kekal di orbit bagi menjalankan misi sainsnya.

James Webb akan digunakan oleh NASA, ESA dan Agensi Angkasa Kanada (CSA) untuk mencari kehidupan lain di angkasa lepas di planet-planet suria tambahan Sensor-sensor yang digunakan diharap dapat mengesan kehadiran tamadun asing yang mungkin selama ini tidak dapat dikesan menggunakan sensor terdahulu.