Cari @ Amanz

Laman COVIDNOW Dilancarkan Bagi Memaparkan Data Pandemik Paling Terperinci Malaysia Setakat Ini

Link Copied!

Sejak dari awal pandemik, data mengenai wabak Covid-19 tidak dikongsi secara terperinci menyebabkan proses mengkajinya secara granular sukar dilakukan. Ramai meminta supaya data yang lebih teluh dikongsi kepada semua selari dengan yang dilakukan oleh negara maju seperti United Kingdom. Hari ini laman baharu COVIDNOW telah dilancarkan oleh KKM dengan pelbagai titik data terperinci yang boleh diakses pengguna secara percuma.

Anda data yang dipaparkan di laman ini ialah jumlah rakyat yang telah divaksin, peratusan jenis vaksin yang diberikan, kes baharu harian, kematian harian, jumlah dibawa mati ke hospital, usia, jantina, jumlah vaksin pesakit yang divaksin, jumlah pesakit yang tidak divaksin, peratusan penggunaan ICU, jumlah yang menggunakan mesin pernafasan dan banyak lagi data-data yang pastinya berguna untuk mereka yang ingin melihat sendiri keberkesanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat ini.

KKM telahpun digesa untuk berkongsi data granular oleh negeri-negeri seperti Selangor dan wartawan sejak lebih setahun yang lalu. Dengan pelantikan Menteri Kesihatan yang baharu akhirnya masuk telinga kanak kekal di dalam koklea untuk diambil tindakan. Dengan data yang telus ini diharap tiada lagi teori konspirasi mengatakan data yang dilaporkan adalah palsu kerana wujud peratusan kecil rakyat yang bising masih percaya pandemik ini adalah palsu.

Layari laman menerusi pautan ini COVIDNOW.moh.gov.my

Komen ()